Isnin, 23 Mei 2011

Sabtu, 5 Mac 2011

TAHUN BARU AZAM BARU

MUSIM BARU


5 Mac 2011, Hari ini satu taklimat dan bengkel telah diadakan bagi mendedahkan pelajar tentang pengurusan sisa melalui vermikompos (cacing). Pada tahun ini taklimat ada penambahan baru dengan memberi pendedahan dengan satu lagi teknik pengurusan sisa dengan menggunakan mikroorganisma efektif (EM). Di adakan di DKR, USM Pulau Pinang. SMK Paya Keladi telah mengambil bahagian dengan menghantar 8 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring.

Barisan Hadapan Projek Vermikompos dan EM SMK Paya Keladi

Selasa, 9 November 2010

Hasil Selepas Ditambah Hampas Tebu

3 November 2010 - Selepas hampir 2 minggu hampas tebu ditambah ke dalam setiap bakul. Kesan dari proses yang dilakukan oleh cacing telah dapat dilihat. 
Tetapi pada hari ini, satu bakul telah diserang oleh semut hitam (halus) untuk membuat sarangnya. Hanya tinggal 4 ekor anak cacing. Anak cacing itu dipindahkan ke bekas yang lain. Pada masa ini tinggal 8 bakul dari 10 bakul pada awal projek ini.


Lihat-lihat, ada apa tu.....

Cacing di mana dikau...

Kerja kira cacing....
Buat betul-betul....

Ahad, 31 Oktober 2010

Tambah Bahan Makanan Cacing

22 Oktober 2010, Semua bekas telah ditambah dengan hampas tebu. Hampas tebu yang diperolehi direndam semalaman dahulu sebelum digunakan.
Hampas tebu direndam semalaman....

Hampas tebu diracik-racik dulu..

Masukkan makanan baru...





Jumaat, 22 Oktober 2010

Bandingan Vermikompos dengan Baja Kimia

23 Ogos 2010, Kajian bandingan penggunaan vermikompos dengan baja kimia.
Aktiviti ini adalah bagi melihat perbezaan antara penggunaan vermikompos dengan baja kimia ke atas tanaman.
Tanaman yang diberi ialah seperti tomato, kailan dan terung panjang.

Aktiviti memasukkan medium tanaman (nisbah 3:2:1) dan menyemai benih.

Membuat siraman bagi setiap pasu...

Hasil selepas 4 minggu... Pokok tomato.
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Hasil selepas 4 minggu... Pokok kailan
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Hasil selepas 4 minggu... Pokok terung panajng.
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Hasil selepas 6 minggu... Pokok tomato.
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Hasil selepas 6 minggu... Pokok kailan
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Hasil selepas 6 minggu... Pokok terung panjang
Kiri - vermikompos, Kanan - baja kimia

Tanaman yang diberi baja kimia (NPK 15:15:15)

Tanaman yang diberi vermikompos

Khamis, 21 Oktober 2010

Hasil Dari Hampas Tebu

Bahagian tebu yang lembut telah habis dimakan...



Aktiviti mengasingkan vermikas dan cacing...

Kokun dan anak

23 Ogos 2010, Semasa membuat pemeriksaan rutin, para pelajar telah menjumpai kokun yang telah matang dan anak-anak cacing yang telah menetas.
Membuat pemeriksaan rutin

Makanan hampir habis diurai....
Lihat cacing tu....

Kokun...


Anak cacing yang baru menetas....